Satu kaunter.
Banyak perangai.
Nasi Kandar Tycoon ialah game pengurusan servis yang mengambil inspirasi daripada suasana kedai nasi kandar Malaysia. Dibangunkan oleh Digital Sambal, game ini mengajak anda rasa sendiri kerja joki: cedok nasi, pilih lauk, campur kuah dan layan barisan customer.
Cara bermain
- Baca dialog dan semak ikon pesanan customer paling depan.
- Tekan dan tahan bekas nasi atau lauk sekejap, seret ke pinggan, kemudian lepaskan. Satu cedokan memberikan satu hidangan.
- Untuk kuah, cedok dari bekas kari, bawa ke atas pinggan dan tahan. Kuah mengalir sedikit demi sedikit. Angkat jari untuk berhenti. Setiap senduk ada had; cedok semula jika perlu.
- Semak jalur kuning pada meter kuah. Customer yang mahu kuah sikit akan merungut jika pinggan dibanjirkan, begitu juga sebaliknya.
- Tekan Hantar apabila order siap. Pinggan baru membuang hidangan semasa supaya anda boleh membetulkannya.
Markah dan cabaran
Ketepatan menyumbang 75% markah; kelajuan menyumbang 25%. Lauk hilang, lauk tambahan, paha bertukar dada, jenis kuah salah serta kuantiti kuah tidak tepat mengurangkan ketepatan. Customer puas hati membayar jualan permainan; servis yang sangat tepat menerima bonus.
Shift gerai mempunyai lapan customer; rumah kedai 12 dan restoran 16. Tiga customer yang tidak puas hati atau meninggalkan barisan menamatkan shift. Wang dalam game hanyalah mata permainan: tiada wang sebenar, pertaruhan atau pembelian.
Combo dan perkembangan kedai
Order yang diterima customer menyambung combo. Combo 3, 5 dan 8 memberi bonus mata dan tips. Perfect Order, Servis Kilat dan Last-Second Save juga memberi bonus. Order salah atau customer cabut memutuskan combo.
Sales + tips menambah Duit Kedai. Belanja Duit Kedai pada dulang besar, senduk besar, resipi istimewa, keselesaan, dapur pantas dan pembantu refill. Total sales tidak berkurang apabila membeli upgrade. Buka Rumah Kedai selepas total sales RM5,000 dengan kos RM1,500; Restoran selepas RM30,000 dengan kos RM10,000. Angka ini masih dalam fasa balance.
Gerai bermula dengan enam makanan dan dua kuah. Rumah Kedai membuka ikan, daging dan kari daging; Restoran menambah sotong. Menu 20 lauk, beberapa ruang pinggan dan cashier masih dalam rancangan seterusnya.
Latihan dan peranti
Mod latihan membekukan masa menunggu. Gunakan mod ini untuk belajar gerakan cedok dan tuang. Anda boleh bermain dengan mouse atau sentuhan. Telefon lebih selesa digunakan secara landscape; butang skrin penuh bergantung pada sokongan browser.
Versi ini ialah prototype yang masih dikembangkan. Browser dengan WebGL memaparkan kaunter 3D; peranti yang tidak menyokongnya menggunakan paparan ringan. Sales dan perkembangan kedai disimpan di server menggunakan profil guest. Leaderboard mengira sales makanan sahaja; tips membantu membiayai upgrade.